Panduan Penambahan Simpanan Online


SECARA ONLINE MELALUI SALURAN FPX

Bagi memulakan penambahan simpanan SSPN-i, klik link dibawah :


KLIK DI SINI


sspn 1

 Pastikan maklumat pada ruangan seperti pada imej di atas diisi dengan tepat.

1.Masukkan nombor akaun SSPN-i dengan tepat pada ruangan “Nombor SSPN*”.

2.Masukkan amaun penambahan simpanan pada ruangan  “Amaun(RM)*”.

3.Selepas pasti dengan masukan “Nombor SSPN” dan “Amaun(RM)”, tekan butang “Hantar”.

sspn 2

Sila lakukan semakan maklumat yang dipaparkan pada skrin seperti di atas.

4.Adakah nombor akaun SSPN-i yang dipaparkan adalah betul?  

5.Adakah amaun penambahan yang dipaparkan adalah betul?   

6.Sekiranya maklumat 4 & 5 adalah betul , klik butang “Bayar” untuk melakukan proses deposit secara online melalui saluran FPX.

sspn 3

Semak maklumat dan lengkapkan maklumat pada paparan skrin di atas untuk pembayaran melalui FPX.

7.Pastikan amaun dipaparkan adalah betul? 

8.Pilih bank (internet banking) yang akan digunakan untuk pembayaran bagi simpanan SSPN-i. 

9.Masukkan emel anda yang aktif dengan tepat.  

10.Klik(tick) pada ruangan  “I agree with the FPX Terms and Conditions”.  

11.Klik butang “Bayar” bagi meneruskan pembayaran.  


Skrin pembayaran akan dipaparkan mengikut pilihan bank yang telah dibuat. Teruskan proses pembayaran seperti biasa dimana anda perlu log masuk, semak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc. dan submit pembayaran. Pada bahagian bawah laman transaksi online yang berjaya , sila klik “Continue with transaction” / “Return to FPX” untuk membolehkan resit seperti dibawah dijana.



sspn 4

Paparan di atas adalah resit akhir penambahan simpanan SSPN-i  secara online melalui saluran FPX.


LAKUKAN SEMAKAN STATUS PENAMBAHAN DEPOSIT ATAU SAHKAN KELAYAKAN PELEPASAN CUKAI ANDA SEGERA!

   

Sila emailkan resit transaksi seperti di atas kepada :

 

n_azwana@ptptn.gov.my

Pada bahagian Subject Emel masukkan:

“Status Deposit SSPN-i <No Akaun SSPN-i>”

atau

Lakukan semakan pantas melalui aplikasi Whatsapp:

http://wasap.my/+60135815540/SemakanDeposit


— PANDUAN TAMAT —