PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI MELALUI SSPN-i
Kelayakan Pelepasan Taksiran Cukai
Ibubapa
dan ibubapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang
menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan
sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan
bersih tahun semasa;
Ibubapa
yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan
SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga
maksimum RM8,000.00/pendeposit setahun tertakluk kepada jumlah simpanan
bersih tahun semasa masing-masing.
Ibubapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
Anak(penerima manfaat) mestilah berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun taksiran cukai.
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.