Panduan Pembukaan Akaun

KOD EKSEKUTIF PTPTN (ID EJEN) : 000005774

Sila catatkan KOD EKSEKUTIF PTPTN ID EJEN – Perlu dimasukkan semasa pembukaan akaun secara online.

PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i SECARA ONLINE DENGAN DEPOSIT PEMBUKAAN SERENDAH RM20

  • Pendeposit merujuk kepada Ibu/Bapa/Penjaga, manakala Penerima Manfaat merujuk kepada anak/jagaan.
  • Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dan berumur melebihi 18 tahun boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “AKAUN UNTUK DIRI SENDIRI” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
  • Sekiranya umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH”).
  • Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah(Pilih “AKAUN UNTUK ANAK JAGAAN YANG SAH” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan cukai.
  • Pendeposit & Penerima Manfaat mestilah berstatus warganegara Malaysia

Bagi memulakan pembukaan akaun SSPN-i, klik link dibawah :

https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount

atau

 

KLIK DI SINI

1-6

 Pada paparan halaman pembukaan akaunpastikan maklumat yang ditandakan anak panah dan bulatan bernombor yang bertanda * di isi dengan tepat.

 1.Nama Pendeposit (Pendeposit mestilah berumur 18 tahun dan ke atascth : nama ibu/bapa/penjaga . Jika pelajar yang berumur 18 tahun ke atas yang membuka akaun untuk diri sendiri, maklumat pendeposit dan penerima manfaat mesti sama.)

 2.Status warganegara (paparan automatik)

 

3.Pilih keturunan.

 

4.Masukkan nombor MyKad dengan tepat.

 

5.Pilih jenis akaun yang sesuai.

 

6.Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan)

 

7-10
 

Isikan maklumat pekerjaan & pendapatan pendeposit (jika ada).

 7.Masukkan alamat Pendeposit.

 

8.Masukkan poskod (maklumat Bandar dan Negeri akan di jana dari poskod yang  dimasukkan).

 

9.Masukkan nombor telefon bimbit Pendeposit.

 

10.Masukkan alamat emel Pendeposit.

 
11-17

11.Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/jagaanJika akaun dibuka untuk diri sendiripastikan nama adalah sama dengan nama Pendeposit)

 

12.Masukkan nombor MyKad Penerima Manfaat.

 

13.Pilih jantina Penerima Manfaat.

 

14.Pastikan tarikh lahir betul (janaan automatik dari nombor MyKad yang dimasukkan).

 

15.Masukkan nama waris (jika ada)

 

16.Masukkan nombor MyKad waris (jika ada)

 

17.Masukkan nombor telefon waris (jika ada)

 

18-21-new

18.Masukkan amaun deposit pembukaan akaun SSPN-i (Jumlah minimum ialah  RM20). Jika akaun dibuka untuk pelepasan cukai , anda boleh melakukan deposit pembukaan terus RM8,000 atau mengikut amaun yang anda kehendaki.

 Untuk layak promosi Peraduan Jom Buka SSPN, sila depositkan minimum RM30 (tertakluk terma & syarat peraduan)

19.Masukkan Kod Eksekutif PTPTN / ID Ejen = 000005774
 (kod 000005774 adalah rasmi Eksekutif  Pemasaran Sepenuh Masa PTPTN bagi pembukaan akaun SSPN-i secara online)
 
20.Klik Butang Hantar untuk ke langkah pembayaran.

22
22.Pastikan amaun dipaparkan betul seperti dikehendaki dan tekan butang Bayar.
23-26
23.Pada paparan PTPTN Payment Online Gateway , pilih bank yang dikehendaki bagi pembayaran deposit pembukaan secara online.

 

24.Masukkan Emel yang sah.

 

25.Tandakan pilihan “I agree with FPX Terms and Conditions”

 

26.Klik butang Bayar dengan FPX.

 Paparan internet banking mengikut bank yang dipilih akan dipaparkanAnda perlu melalui proses biasa seperti pembayaran online lain, seperti log masuksemak maklumat pembayaran, request TAC/OTP/etc dan Bayar. Bagi setiap transaksi yang berjaya , klik butang “Continue With Transaction” dan “Return To FPX” bagi membolehkan resit seperti dibawah dijana.

final-1

TAHNIAH! Paparan di atas adalah Resit Urusniaga PTPTN Payment Gateway menandakan pembukaan akaun SSPN-i berjaya dilakukan.  Cetak/Screenshot resit tersebut untuk simpanan/rujukan.

 

Untuk mendapatkan SLIP AKUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i (rujuk imej di bawah.

 

Email SEGERA dengan menyertakan(attach) Resit Pembukaan Akaun kepada :

 

Email : n_azwana@ptptn.gov.my

NURUL AZWANA BINTI MOHAMMED ROKHI

 EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN

atau melalui whatsapp ke :

013-581 5540

Anda terlupa meletakkan Kod Eksekutif PTPTN/ID Ejen?

 

Jangan bimbang, anda masih boleh berhubung melalui  emel : n_azwana@ptptn.gov.my untuk semakan serta mendapatkan Slip Akuan Pembukaan Akaun SSPN-i. Sertakan (Attach/Screenshot) bersama Resit Pembukaan/Penambahan anda.